Cerkita

Art by the Brothers Hilts

'Cerkita' saya satu padankan dengan kosa kata 'cerita' dan 'kita' untuk membawa sebuah naratif dalam 'diri' saya dengan dihubungkaitkan lingkaran saya. Ia juga boleh dibaratkan sebagai sebuah diari kehidupan saya yang mempunyai pelbagai warna-warninya. 

Demikian ini adalah 'Cerkita.'

Sermulanya kisah ini dengan izin sang Mudabbir (pengurus) dunia yang mengaturkan segalanya dan aku hanyalah hambanya mengikuti jejak jalan pengdakian ini.

Arena Wati pernah menulis:

'Dan engkau diri, sekarang engkau jadi tukang atau jadi pengarah, kerana dalam kebesaranmu, engkau pun hanya alat daripada cita-citamu. Kehadiranmu dalam hidup bukan tidak apa-apa, tetapi menggariskan, mengisi garis itu, mengekalkannya, kemudian engkau pergilah ke wujud lain. Itulah yang membuktikan bahawa engkau ada!' (1990: 175).

(1) 15 Januari 2023

Maka datangnya 'Yang Pertama' untuk melihat kelibatnya. Saya adalah berbaju putih itu. Awalnya tadi saya tidak berniat untuk bawa telefon sebab mahu isi tenaga telefon itu di bilik. Wajah kawasan ini berbeza hampir 10 tahun yang lalu. Dahulu kawasan ini hanyalah sebuah padang bola sepak. Sekarang ia sudah menjadi dataran orang kampung dengan dimeriahkan hiasan kebendaan dan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Inilah rupanya kawasan saya membesar. 


YB Dr. Akmal

(2) 16 Januari 2023

Sebermulanya yang dihajati di hati ini adalah nyatalah ini. Saya mahu bawa berjalan-jalan melihat tempat saya membesar. Saya memulakannya di kawasan sekolah menengah kakak kandung saya. Dang Anum namanya diberi. Sekolah ini juga mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dikhususkan bagi anak-anak kelahiran upaya (pembelajaran). Anak-anak ini akan bersama-sama dengan pelajar cemerlang lepasan sekolah rendah yang hampir purata besarnya merupakan berasal daripada kalangan anak-anak di kawasan ini. Kakak saya diantaranya sebelum ke Kedah dan UPM. Disedari sebagai anak kedua daripada empat adik beradik, kakak saya antara pengaruh awal saya membesar. Saya berbeza umur dengan kakak saya hampir selang dua tahun. Kiraannya begini, ketika saya hujung tahun di sekolah rendah merupakan tahun ujian UPSR, manakala kakak saya sudah berada tingkatan 2 di Dang Anum. Kakak saya antara orang yang selalu bukakan TV untuk rancangan IQ untuk saya. Selain kawan-kawannya juga antara orang-orang yang memberi dorongan lebih kurang begini bunyinya, "adik Ili kalau dapat satu A pun dah kira bangga dah weh." Siapa sangka rupanya itu doa.



Selepas itu berjalan depan sedikit, sebelah sekolah menengah kakak saya merupakan sekolah menengah saya. Jumpa telefon awam. Ini contoh definisi arus zaman (lihat gambar dibawah). Hampir puratanya rakyat Malaysia sudah kurang menggunakannya (mungkin sebahagian keadaan dan tempat sudah tidak relevan). Tetapi ia masih lagi berfungsi. 



Pandang belah kiri akan kelihatan kawasan perhentian bas. Selain tempat untuk pelajar-pelajar menunggu bas, dahulu ini merupakan tempat kenangan saya dengan abah saya dan cikgu disiplin, mereka selalu kejar budak hisap rokok, selepas itu saya menjadi bual bicara ramai dengan panggilan 'anak Isa' (barangkali saya anak Jesus). Ada yang lebih nakal-nakalnya itu terus menjadi kawan saya terus. Saya cabar mereka jikalau tiadanya puas akan diri ini marilah kita berjumpa bermain bola sepak di padang sekolah. Sebab saya memang betul atlet sekolah dahulu. Banyak juga mereka yang semput dengan saya. Itu pertama kelebihan bagi orang yang tidak merokok dan aktif bersukan ada stagmina tinggi.


Selepas itu saya singgah sekolah menengah saya di sebelah ini. Namanya Dato Abdul Rahman Ya'kub (lihat gambar dibawah). Sekolah menengah ini merupakan zaman saya mendaki dan zaman pemberontakan. Selain semangat reformasi, semangat kritikal sudah ada pada masa ini. Sebagai anak disleksia, tentu kebebasan berimaginasi dan berekspresi adalah sikap azali saya. Mereka yang sebahagiannya sudah terbiasa norma kebiasaan apabila berhadapan dengan pascakebiasaan tentu pelbagai ragamnya. Saya adalah orang yang sentiasa kritikal untuk kemajuan bersama.
 


Seterusnya ini merupakan jalan saya balik berjalan kaki dari sekolah menengah ke rumah pada masa ketika dahulu. Sekolah menengah saya juga ada asrama. Kebanyakannya yang menduduki asrama merupakan pelajar aliran kelas agama dan sains, dan dibukakan kepada siapa yang mahu memohon. Saya ramai kawan dalam kalangan pelajar ini. Ada juga yang berkawan daripada sejak kecil lagi. Sekolah berwarisan ini juga tempat saya menempuhi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk pelajar-pelajar seperti saya, disleksia. Hampir secara azalinya disleksia merupakan seorang visual. Nisbah 
seorang disleksia hampir kiraan puratanya satu atau dua orang sahaja dalam sepuluh orang. Banyak tokoh disleksia terkemuka di dunia ini seperti Albert Einstein, Tom Cruise, kalau yang tempatan seperti Altimet, Saiful Nang (Rare TV) dan lain-lain lagi. Tetapi ianya tetap nisbah kecil dalam besar bagi sesebuah generasi. 



Selepas itu, akan jumpa sekolah rendah saya. Namanya Merlimau Dua. Jikalau pada zaman Inggeris dahulu sekolah ini mempunyai kembar dia. Saya sudah tidak beberapa ingat namanya. Namun ia boleh didapati dan disemak dalam historiografi kawasan sini. Tetapi nama kembarnya satu lagi pada sekarang ini, Merlimau Satu. Sewaktu bersekolah di sini merupakan zaman fantasi dan imaginasi saya.





Ini rupanya kantin sekolah rendah saya (lihat gambar dibawah). Nasi lemak ayam menu tetap saya. Ini juga mengingatkan saya tentang Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Ini penting terutamanya untuk bekalan gizi yang berkhasiat untuk anak-anak sewaktu dalam pembelajaran mereka. Saya memohon mudahan pelaksanaan seperti ini dilangsungkan bagi dapat ditingkatkan dan diambil kepeduliannya. 


Pada akhir perjalanan ini, saya sampai ke tempat seperti yang dihajati oleh saya pada awalnya untuk bawa melihat dataran orang kampung. 




(3) 17
Januari 2023

Pada esoknya saya pergi ke Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Meski perpustakaan awam dengan perpustakaan universiti tentu ada bezanya, terutamanya pada jenis koleksi buku, tetapi saya boleh katakan bahawa pada segi bahan bacaan yang ada membantu juga serba sedikit untuk saya buat persiapan menulis sastera. Pada asalnya saya hanya mahu pinjam Kamus Mestika Kata itu sahaja, namun saya boleh akui pada koleksi sastera agak baik tetapi perlu juga ditambahkan lagi koleksi karya yang bermutu dan bertaraf dunia. Selain perpustakaan awam ini ada serba sedikit kenangan saya. Dahulu selepas balik dari Selangor, saya ada jadual tugasan hujung minggu di Melaka pada waktu malam, jadi perpustakaan ini tempat saya singgah berehat sebelum pergi tempat tugasan. Pernah tertidur juga dekat sini. Dahulunya dibukakan sehingga sampai 9 malam.





(4) 17 Januari 2023 (pada waktu petang)

Pada waktu petang saya bawa berjogging jalan sahaja. Sahaja saya mahu bawa tengok-tengok proses pembangunan yang sudah berlaku di kawasan sini. Dahulu belum tiada lagi masjid besar seperti itu (lihat gambar dibawah), sekiranya mahu berjemaah secara jumlah besar-besaran, perlu ke masjid di Pusat Islam Politeknik Merlimau di depan sana sahaja. 


Ini rupanya Politeknik Merlimau (lihat gambar dibawah). Hasil daripada proses pembangunan wilayah luar bandar dan antara usaha yang dilaksanakan untuk menaikkan mobalisasi sosial bagi kawasan marginal seperti Merlimau. Kebanyakannya anak tempatan di sini mendapat manfaatnya daripada sini. Adik kembar saya antaranya. Selain itu, saya juga sebolehnya mahu bawa beberapa kepentingan pembangunan ekonomi sumber manusia seperti demografi Merlimau (juga seperti demografi Jasin) bagi Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau mana-mana yang melibatkan jangkaan kemahiran modal insan yang dapat diberikan manfaat bagi demografi Merlimau sendiri. Ia penting untuk membawa negara pascaindustri dengan Revolusi Industri 4.0 dengan menjadikan anak-anak tempatan di sini bukan sahaja penerima manfaat, tetapi juga dapat menjadi antara sebagai penyumbang manfaat bagi pembangunan wilayah luar bandar seperti demografi Merlimau untuk ke arah penempatan dan kependudukkan yang berimpak tinggi dalam jangka panjang. Maksudnya, ianya dapat menciptakan peluang bagi kawasan ini juga untuk anak-anak tempatan di sini. 


Di sini, Restoran Al-Mashur, tempat saya selalu sarapan pada waktu pagi-pagi singgah sebelum balik ke rumah sewa saya dahulu. Kedai ini antara yang terawal beroperasi dan masih bertahan sehingga sekarang di kawasan penempatan bandar baru di kawasan Merlimau. 


Metal Fitness. Antara gym yang ada di kawasan penempatan baru, Bandar Baru Merlimau Utara. Saya tak pernah buat workout di gym sini. Saya lebih suka workout menggunakan tubuh sendiri, berlari dan berenang. Melalui sukan ini saya lebih suka menggunakan otot saya berkembang. Tetapi saya suka namanya. Selain dibawahnya ada pasar raya pembekal barangan runcit, Merlimau Point, memberi manfaat kepenggunaan bekalan barangan dapur dan diantaranya bagi kawasan Merlimau Utama selepas Fresco dan lain-lain lagi. 


Kedai kopi dan barbershop yang agak baru dibuka di sini. Saya boleh dikatakan agak selalu singgah sini. Budaya kepenggunaan bagi generasi hipster dan indie sudah masuk dalam kawasan sini.



Antara jenama kepenggunaan globalisasi yang popular bagi masyarakat konsumerisme di sini. Ada beberapa yang lain dan ini diantaranya.



Dan pada pengakhiran perjalanan ini, akan kelihatan artwork yang ada bagi kawasan Bandar Baru Merlimau Utara di sini. Bolehlah, kelihatan mahu bawa citra youth gitu, saya boleh kata boleh tahanlah. 




(5) 18
Januari 2023 

Pagi ini saya bawa beberapa antara kawasan kependudukkan (demografi) yang ada bagi perumahan di Merlimau ini. Kebanyakannya berkonsep rumah teres (kalau tradisional ala rumah panjang). Pertama, Taman Harmoni, yang agak lama dan perumahan terawal selepas Taman Muhibbah. 


Taman Harmoni ini merupakan tempat saya bersekolah tadika dahulu. 

 
Jalan depan sikit, tetapi jauh, ada sebuah kawasan kampung yang sudah menerima tempias proses perindustrian kecil. Kawasan ini ada beberapa kilang kecil dan sederhana besar.
 

Sebelah kawasan kampung kecil itu tadi, ada kawasan perumahan yang agak baru juga, Taman Merlimau Permai. Kawasan ini berkeluasan agak besar bertemu dengan Taman Merlimau Utara. Saya terlupa pulak tangkap gambar taman ini (Taman Merlimau Utara). Taman ini sekiranya saya rindu orang belah utara, kiranya tempat ini saya merayau naik basikal semasa kecil dahulu. Sebab saya terasa 'the other' sebahagian daripada saya. Taman Merlimau Utara ini juga antara sebaya dengan Taman Muhibbah Fasa Baru (mungkin jarak tahunnya lebih sedikit) dan ada kawasan perkampungan lagi pada belah Pekan Merlimau lama.


Pada belah petang perjalanan ini, saya pergi recovered work otot kaki saya di kolam hasil buatan kearifan Pak Lang saya. Asalnya binaan kolam ini permintaan ibu saya untuk cucunya, dan saya, selain bola sepak, memang saya suka berenang.



Setelahnya saya menyelami dari permukaan ke dasar, di hujung perjalanan saya ini, didapati bahawa demografi sini antara kawasan perkampungan baru menghala jalan ke lebur raya utara dan selatan. Nama kampung ini, Kampung Tersusun Datuk Muhammad Hidhir Bin Abu Hasan Lipat Kajang, yang diambil sempena nama YB bagi kawasan Merlimau di sini semasa penggal tahun saya lahir membesar sehingga pada tahun 2011 (meninggal dunia akibat jangkit jantung). Selepas memandu perjalanan pulang, saya sedari akan sesuatu hal.


Because I'am Kakashi for you all. 


I see you. 




(6) 19 Januari 2023 

Pagi ini saya ambil masa hampir 2 jam lebih juga sebab hanya berjogging jalan sahaja dan hampir mengelilingi keseluruhan Pekan Merlimau lama. Saya mulakan dengan penempatan paling baru usianya dan bersambungan dengan Taman Muhibbah Fasa Baru yakni Taman Merlimau Emas Seksyen 1. Pada nama taman ini membuatkan saya teringatkan demografi Shah Alam. Bagi saya, sepanjang pengalaman saya berjalan-jalan hampir seluruh Malaysia (kecuali Sabah, saya belum pernah jejak ke sana), demografi Shah Alam paling menarik. 


Selepas itu, berjalan depan sikit, akan kelihatan timple Buddha yang ada di kawasan perumahan sini. Sosok kultus dan aliran falsafah agama Buddhaisme memang menjadi minat saya dalam lain-lain falsafah agama. Selepas Islam, agama Kristian dan Buddha, saya cuba mendalami kefahaman agama ini.



Selepas keluar dari kawasan perumahan itu tadi, ini merupakan pusat tenusu bagi pembangunan veterinar kawasan luar bandar. Banyak susu lembu diproseskan di sini.



Sekiranya di Kuala Lumpur ada menara berkembar, di sini ada cawangan salur tenaga elektrik. Antara pembekalan sumber tenaga yang memberi manfaat bagi penduduk kawasan ini. Cakupannya saya merasakan hampir keseluruhan kawasan Merlimau.


Selepas berjalan di hadapan jalan ini, akan kelihatan beberapa kawasan perumahan yang keluasannya agak kecil. Ia terletak di antara dua jenis penempatan, iaitu bentuk penempatan tradisi, perkampungan dengan penempatan proses perbandaran, perumahan teres yakni yang sudah mengalami proses pembangunan, Taman Maju Jaya dan Taman Merlimau Sentosa ini diantaranya. 




Kemudian selepas berjalan di hadapan lagi, ini antara infrastruktur lama untuk kemudahan desa yang disediakan di sini. Tetapi ia seperti sudah tidak beberapa nak bernyawa, maksud saya agak terbiar begitu sahaja. Sekiranya dinaiktarafkan tentu dapat beri manfaatnya kepada kawasan penduduk di sini, sayangnya.



Ini kawasan Merlimau Timur. Ada beberapa kawan saya duduk di kawasan sini dan kawasan ini menggala ke Muar. Jarak Muar dengan Merlimau hampir jaraknya dalam 15 minit hingga 30 minit masanya untuk ke destinasi. Kawasan ini merupakan kawasan perkampungan sehingga ke Sungai Rambai.



Ini antara jaminan proses pembangunan bagi kawasan marginal seperti Merlimau. Mana-mana kawasan marginal pembangunan pendidikan penting. Selain Politeknik, adanya sebuah Kojel Komuniti Jasin sebagai pendidikan kemahiran bagi menaikkan modal insan bagi anak-anak kawasan sini.




Ada satu perkara kecil tetapi istimewa dan penting juga, nama jalan. Sekiranya dalam bidang Oksidentalisme, penggunaan bahasa dan bangsa memang mempunyai kerumitan dalam proses citraan manusia. Ini antara contohnya nama jalan atau kawasan mengikut sosok leluhur. 


Selepas berjalan depan sikit (ini memang dah jauh dah), antara kawasan perumahan yang usianya agak lama. Saya suka namanya, Taman Pitis ala nak dekat dengan puitis. Taman ini dekat dengan Teratak Nur Arif. Jika direzekikan, saya akan jadikan teratak ini ala kawasan rebat untuk tradisi ilmu. 



Kemudian ini kawasan Merlimau Tengah. Kawasan hampir keseluruhannya jenis penempatan lama (tradisi) yakni tanah. Rumah yang dibuatnya sendiri atas tanah pemilikan sendiri dan ianya ciri-ciri jenis bentuk bagi kawasan perkampungan.


Inilah rumah senior sekolah menengah saya dahulu. Umurnya hampir sebaya dengan cikgu Sains saya di sekolah menengah saya pada ketika dahulu. Sekarang merupakan YB kawasan sini ketika PRU kecil ketika dahulu dan merupakan anak murid ibu saya semasa di sekolah rendah. Inilah kitaran zaman. 


Di hadapan sedikit, ini merupakan sekolah rendah yang ada bagi kawasan perkampungan di sini. Selepas Merlimau Satu dan Merlimau Dua, ini Merlimau. Jadi ada tiga nama sekolah rendah 'kebangsaan' yang mirip bagi kawasan Merlimau di sini. 



Nak tahu mana asal usul nama 'Merlimau' itu muncul? Ceritanya begini, mengikut dongengan orang dahulu kala ada dua asalnya, pertama orang-orang di sini suka bersihkan keris dengan air limau. Ianya antara tradisi bagi penjagaan mata keris supaya sentiasa bersih, keris akan disarungkan kembali, dan digunakan hanya untuk keadaan tertentu sahaja, jadi semakin lama orang mengata 'Mari Limau Keris' sehingga menjadi kata 'Merlimau' itu sendiri. Kedua, semasa tiada lagi penempatan manusia, Harimau memang selalu kelihatan di sini. Jadi semakin lama orang pun datang untuk penempatan, akibatnya tabiat ekosistem alam sekitar bagi Harimau semakin mengecil. Walhasilnya jadi kata 'Merlimau' itu sendiri. Memang berdasarkan perkembangan mutakhir ini, tabiat Harimau memang sudah diambang keputusan, terutamanya baka Harimau Malaya. Itu antara dongengan yang saya dapati ada beberapa yang cuba menulis 
historiografi bagi kawasan Merlimau ini. 



Berjalan di hadapan lagi, ada kawasan perumahan kecil, namanya Taman Merlimau Gemilang.


Inilah sebenarnya tujuan asal saya mahu berjogging jalan pagi ini. Saya mahu bawa lihat rumah ini. Ia simbolik 'Rumah Melaka.' Senibinanya memang mengikut acuan tradisi senibina 'Rumah Melaka.' Cantik. 




Saya teruskan perjalanan ini untuk sampai ke destinasinya. Inilah papan tanda yang akan kelihatan. Antara mercu tanda bagi saya sepanjang perjalanan ini ketika terlibat dalam eksekutif pentadbiran negeri bagi meluweskan penggurusan zakat negeri pada ketika dahulu. 




Perjalanan ini diwarna-warninya dengan tempat pengibadatan bagi penganut agama yang ada bagi kawasan sini.




Wajah Pekan Merlimau lama pada masa sekarang setelah diwarna-warninya.



Dahulu di sini tempat saya pergi buat check up kesihatan awam (selain di Hospital Seremban) sebelum ke tempat baru yang lebih besar sedikit. Pada masa sekarang ini sudah menjadi Wellness Hub. 




Melangkah ke hadapan sedikit perjalanan ini merupakan tempat saya selalu merayau pada masa ketika kecil dahulu. Naik basikal dari Taman Muhibbah ke Pekan Merlimau. Masa dahulu tiada Bandar Baru Merlimau lagi. Saya akan selalu ke kedai Casio itu. Sebab nak tengok koleksi permainan video. Games Boy dan Playstation 2. Sebelum saya suka koleksi buku, saya suka koleksi permainan video dahulu. Pekan Merlimau lama juga ada station bas dengan teksi. Sebelum saya ada lesen, pengangkutan awam di sini saya menaikinya. Itu kedai buah-buahan, agak lama juga dan masih bertahan beroperasi hingga sekarang. Bermakna buah-buahan sentiasa menjadi keperluan bagi manusia kawasan sini, cuma belum ada lagi ladang kopi lagi di sini. 



Batu nisan (atau insan).


Kawasan Merlimau Barat. Rumah saya menghala ke sana. 


Perjalanan ke hadapan akan kelihatan beberapa pembangunan wilayah untuk jaringan internet di sini. Dahulu semasa saya masih kecil, yakni masuk tahun 2000 ke 2008, kawasan ini agak pinggiran, maksudnya capaian internet terhad. Orang selalu melepak di hadapan padang sekolah rendah saya untuk dapatkan capaian jaringan internet dan WiFi di sana. 


Kotak elektrik dan kawasan perumahan bagi kawasan Merlimau Barat di sini, namanya Taman Merlimau Utama dan Taman Deretan Merlimau.




Pada akhir perjalanan ini akan kelihatan mercu tanda ini.




(7) 20 Januari 2023 

Pada pagi ini saya bawa tengok kawasan perkampungan yang ada bagi demografi Merlimau di sini. Ini perjalanan yang jauh. 


Perjalanan ini, selepas keluar dari Taman Merlimau Emas Seksyen 2, akan jumpa Badan Kebajikan dan Pendidikan As-Solihin. Antara tempat pengajian tradisional yang ada di kawasan Merlimau di sini selain Pondok Wahyu.


Perjalanan ke hadapan akan jumpa Masjid Al-Ghaffur, antara masjid tertua bagi kawasan perkampungan di sini selain Masjid Ar-Rahim. Saya bawa satu kerukunan yang jelas untuk bangsa ini bahawa peruntukkan Perlembagaan Negara menjamin kebebasan beragama, walaupun dimaktubkan agama Persekutuan, justeru ini jaminan kepada mana-mana penganut agama untuk mengamalkan ajaran agamanya. 



Antara kawasan tanah perkuburan yang ada di sini. Sesungguhnya tanah ini sudah diperolehi kedamaian bagi isi penghuninya.


Perjalanan ini diteruskan ke hadapan dengan berjumpa sebuah Sekolah Rendah Arab (JAIM) Merlimau Pasir. Antara sekolah rendah Arab yang terawal dan satu-satunya yang saya dapati bagi demografi Merlimau di sini, sebab saya dahulu pernah latihan amali di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Ibu saya juga pernah mengajar di sini dalam beberapa jangkaan tahun kesudah ini. Sekarang sudah dialihkan tempat ke sekolah lain atas sebab kenaikan pangkat.





Jumpa poster PRU kecil yang lepas. Masih banyak lagi saya dapati poster-poster terbiar begitu sahaja, maksud saya kebendaan dan alam sekitar perlu diseimbangkan supaya kelestarian penempatan manusia di jamin kelangsungannya untuk semua. Benda kecil, kalau sampah sarap atau dadah dibiarkan begitu sahaja menjadi barah kehidupan manusia apatah lagi benda-benda kecil macam ini. Sahaja saya tegur sepanjang mengharungi perjalanan ini. Anda sepatutnya boleh berfikir lebih panjang lagi sebagai seorang 'doktor.'



Inilah tujuan asal saya mahu berjogging jalan pada pagi ini. Mahu ke sini. Ini rumah Ketua Menteri Melaka yang kelapan pada tahun saya lahir sehingga tahun 1999, namanya Abu Zahar Ithnin. Anaknya Zira Abu Zahar, sekarang ini YB kawasan Rim di Jasin yang sebelum ini merupakan seorang artis. 



Inilah kampung belah abah saya dan merupakan tempat saya membesar bersama dengan Badam (Adam Adli). Namanya Datok Nawar.



Inilah rupanya (lihat gambar dibawah) tempat kami dulu bersaudara, bersepupu, dan bersepapat bermain-main bersama.





Antara pembangunan luar bandar yang cuba/sudah dilaksanakan dan serba sedikit ianya dapat membantu untuk pembangunan desa terutamanya.


Ini tempat saya membesar dengan pakcik saya. Anaknya sekarang di Program Permata Pintar (Genius) di USIM. Adik kembar saya juga menuntut di USIM sekarang. Saya bangga dengan mereka semua. Bijak.



Pembangunan wilayah yang ada di kawasan perkampungan di sini, namanya Projek Mesra Rakyat, hidup rakyat!


Antara kawasan perumahan teres yang agak terawal yang dibina ada di kawasan sini selepas penempatan tradisi, yakni bentuk perumahan teres dalam kawasan perkampungan yang ada di sini.


Contoh delima antara nak yang 'lama' atau mengikuti arus 'zaman.'



Sepanjang perjalanan ini akan kelihatan papan tanda awas bagi kegunaan projek naik taraf jalan dan sebenar mahu buat saluran air sungai mengalir. Mudah-mudahan ia memberi manfaat dan kesejahteraan kepada penduduk kawasan sini.




Berjalan di depan sikit jumpa tempat saya membesar dengan abah semasa dia terlibat dalam pergerakan pemuda pada masa dahulu, sekarang sudah tidak terlibat secara langsung pun.







Satu lagi contoh tentang satu sudah tidak berfungsi, satu lagi masih berfungsi dan bercahaya di kala cahaya mentari menaik. 



Perjalanan ini akan melalui 
klinik desa yang ada di sini. Tetapi ianya sudah tidak berfungsi lagi. Sayang.



Taman Rakyat, kawasan perumahan yang bersambung dengan sekolah menengah di sini. Antara sekolah menengah yang muda usianya bagi demografi Merlimau selepas sekolah akak saya dan sekolah saya. 



Inilah sekolahnya, namanya Syed Zahirudin.





Sekolah ini saya pernah masuk untuk kegiatan sukan dan bola sepak pada masa dahulu. Lawa sebenarnya sekolah ini.




Selepas mengharungi perjalanan yang panjang ini, di hadapan sana (ini memang betul-betul sudah jauh), ada perluasan demografi yang baru tersedia ada. Sebab ianya penempatan yang agak baru juga. Namanya Taman Merlimau Timur Datuk Rabuan Pit dan Taman Merlimau Timur. 



Sebelum itu, ini antara kedai kopi yang saya dapati di Taman Rakyat, namanya Tepi Jalan.


Hampir separuh perjalanan ini akan kelihatan mercu tanda ini, Persatuan Penyokong Tokong Bei Ji Gong.



Perjalanan di hadapan, akan kelihatan papan tanda bagi sumber tenaga asli untuk bahan bakar semula jadi, minyak. Di sini saya boleh bawa beberapa isu penting yang pertamanya, tentang kepenggunaan minyak dari segi harganya dan keduanya, bahan sumber tenaga alternatif bagi penggunaan pengangkutan mesra alam untuk lepasan rumah hijau.


Selepas itu akan kelihatan bangunan lama bagi Sekolah Rendah Agama JAIM Air Tawar dan sekarang ianya sudah tidak digunakan lagi selepas sudah ada Sekolah Rendah Agama JAIM Merlimau Pasir yang baru itu tadi. Selain terdapat Tadika Kemas bagi kawasan perkampungan di sini.






Di pertengahan perjalanan ini akan kelihatan satu-satunya kedai kopi dalam kawasan perkampungan di Merlimau ini. Kue Street namanya. 


Sayangilah sungai kita.


Surau.



Dalam menelusuri perjalanan ini, saya kembali semula ke perpustakaan desa itu tadi dan saya dapati ada beberapa surat khabar ini. Okay, saya boleh beri cadangan dengar lagu Sejati, Dipenjara Janji dan Ratuku oleh Awie. 




Antara paparan khabar yang saya dapati melihatnya.


Antara mercu tanda area Sungai Renggi.




Pada hujung perjalanan ini, ini pembangunan wilayah untuk veterinar bagi kawasan luar bandar, Projek Tanaman Rumput Napier dan saya mengakhiri perjalanan ini dengan telaah Universities and the Public Sphere: Knowledge Creation and State Building in the Era of Globalization dan Terukirnya Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik Malayonesia.





(8) 21 
Januari 2023 

Hari ini saya bawa pergi lihat teratak yang dimaksudkan itu. Kawasan pemilikan tanah sendiri dengan bersambungan kawasan kecil bagi perumahan teres dua tingkat, namanya Taman Persona. Nama jalan, Lorong Hajjah Maryam, ini merupakan sosok leluhur dalam satu galur tradisi yang sama, saya dengan Badam (Adam Adli).




Justeru ini simbolik saya. 

'Peace and hope other 'trust' can making progress in the future.'


Demimu, cintaku.

'Jiwaku dan jiwamu berpadu dalam satu raga. Wahai yang melihat raga itu, sungguh telah melebur dua ruh didalamnya' -- Al-Buhturi.


Pada hujung perjalanan ini, saya bawa pergi salah satu kedai pembekal barangan runcit yang ada dalam demografi Merlimau, yakni kawasan perumahan Taman Debunga. Namanya memang sesuai dengan pasangannya, Pasaraya Sejati.


Kemudian setelah bulan pun kelihatan, pada gelap malam ini, saya bawa pergi melihat suasana malam raya tahun baharu cina di kawasan yang muhibbah ini. 


Maka dengan zahirnya itu, aku menzahirkan keberadaan utama aku di sini. Saya mahu membawa raga ini dengan sebaiknya mungkin.
 



Kepada raga kebersamaan di antara kita semua. Biarpun berbeza pada permukaan.