Cerkita
Art by the Brothers Hilts 'Cerkita' saya satu padankan dengan kosa kata 'cerita' dan 'kita' untuk membawa sebuah naratif dalam 'diri' saya dengan dihubungkaitkan lingkaran saya. Ia juga boleh dibaratkan sebagai sebuah diari kehidupan saya yang mempunyai pelbagai warna-warninya. Demikian ini adalah 'Cerkita.' Sermulanya kisah ini dengan izin sang Mudabbir (pengurus) dunia yang mengaturkan segalanya dan aku hanyalah hambanya mengikuti jejak jalan pengdakian ini. Arena Wati pernah menulis: 'Dan engkau diri, sekarang engkau jadi tukang atau jadi pengarah, kerana dalam kebesaranmu, engkau pun hanya alat daripada cita-citamu. Kehadiranmu dalam hidup bukan tidak apa-apa, tetapi menggariskan, mengisi garis itu, mengekalkannya, kemudian engkau pergilah ke wujud lain. Itulah yang membuktikan bahawa engkau ada!' (1990: 175). (1) 15 Januari 2023 Maka datangnya 'Yang Pertama' untuk melihat kelibatnya. Saya adalah berbaju putih itu. Awalnya ta...